Friday, 30 November 2012

BUKIT PUTERI

Bukit puteri Kuala Terengganu......

Bukit yang tersergam indah menghala ke kuala sungai terengganu dan laut cina selatan menjadi saksi sejarah pembangunan bandar kuala terengganu. Kedudukannya yang strategik itu menjadikan bukit ini satu kawasan yang penting pada zaman dahulu sebagai pusat kawalan dan pertahanan kerajaan. Asal nama bukit puteri ini tidak dapat di kesan tetapi dalam persejarahan terengganu ada dinyatakan bukit puteri itu telah wujud sejak abad ke 16 lagi. Ini membuktikan kepentingan tempat ini kepada kerajaan terengganu bagi menghadapi musuh2 dari luar terutama yang datang dari arah laut. Pada zaman pemerintahan sultan mansur 2,sultan muhamad 1 dan sultan umar bukit puteri telah menjadi benteng kubu peperangan saudara yang berlaku pada masa itu.  "Pelbagai peninggalan sejarah masih jelas dapat dilihat di Bukit Puteri ini antaranya singgahsana sementara, tempat simpanan bedil dan meriam, genta (loceng besar), meriam beranak, tiang bendera dan rumah api. "Malah pelancong juga dapat melihat sendiri kubu pertahanan yang dibina dengan menggunakan pasir, putih telur, kapur, kulit kerang dan madu lebah, masih lagi kukuh walaupun telah berusia hampir sedekad yang lalu," . Bukit Puteri, seluas 0.688hektar itu, terletak dalam kawasan bandar Kuala Terengganu dan berhampiran dengan muara sungai Terengganu dengan ketinggian lebih kurang 200 meter dari aras laut. lokasinya juga strategik sebagai aset pelancongan kerana terletak berhampiran dengan bangunan bersejarah Istana Maziah dan Masjid Abidin selain berdekatan Pasar Payang dan Pejabat Pos Kuala Terengganu. Bayaran masuk untuk mengunjungi Bukit Puteri itu adalah sebanyak RM1 bagi orang dewasa dan RM 0.50 sen untuk kanak-kanak. Ia dibuka setiap hari mulai pukul 8 pagi hingga 6 petang dan orang ramai akan dapat melihat keindahan bandar Kuala Terengganu dari atas bukit itu. 

SEJARAH BATU BERSURAT

Batu Bersurat Terengganu

Memang menarik mengenai batu bersurat yang di jumpai dekat daerah Hulu Terengganu.Saya nak kongsi cerita mengenainya..



Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan jawi pertama ditemui di Malaysia . Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1328. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899.

Tapi versi cerita yang saya dengar dulu mengenai batu bersurat ni kononnya dulu ada seorang ulama/ahli perniagaan datang ke Masjid Kampung Buluh dekat Kuala Berang lepas itu apabila beliau hendak masuk dalam masjid beliau perasan tangga yang beliau pijak itu adalah batu dan ada tulisan tertulis pada batu itu.Batu itu digunakan sebagai tangga dan alas untuk membasuh kaki.Saya pun tak pasti betul ke tidak cerita ni.Tapi biasalah sejarah ni susah hendak tafsir sama ada cerita ni betul atau tidak sebab kita ini tiada di tempat kejadian.

SEJARAH
Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit Puteri.
Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terenganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya dan ditulis didalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah.
Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura.
Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu

TAMAN TAMADUN ISLAM

Lagi Gambar-Gambar Menarik di Taman Tamadun Islam




Bersama di sertakan gambar-gambar menarik di Taman Tamadun Islam, datang jangan tak datang.
.

Bagi yang berkeluarga, jadikan ia sebagai 'Education Tour' untuk anak-anak. Layan pertanyaan anak-anak yang dahagakan maklumat dan pengetahuan.


Kita juga sebagai ibu bapa patut ambil tahu serba sedikit maklumat apa yang ada di TTI ini agar maklumat tersebut sama-sama dapat dikongsi bersama anak-anak.

KEINDAHAN TERENGGANU

SUASANA TERENGGANU PADA WAKTU MALAM




Bandaraya Kuala Terengganu sememangnya suatu pengiktifan buat negeri Terengganu atas pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk memastikan tahap kualiti negeri terus melonjak ke tahap yang paling maksimum. Keindahan Terengganu bukan sahaja terletak pada Alam semulajadinya, bahkan suasana pemandangan sekitar Bandaraya Kuala Terengganu juga dapat menjadi tarikan buat pengunjung yang datang.


Siapa sangka keindahan Bandaraya yang begitu tenang tanpa kesibukkan ibukota telah membuka mata semua terutamanya pada waktu malam. Mungkin ramai yang tidak sempat berkunjung ke Terengganu untuk jangka masa terdekat bagi melihat suasana Bandaraya pada waktu malam. Tetapi pada masa akan datang anda semua boleh berkunjung ke Terengganu.



"Keindahan Terengganu, Perhatian Dunia"

TERENGGANU!!!!BEST PUNYER

Makanan Best Di Terengganu

Makanan yang paling best di Terengganu semestinya keropok lekor. Walaupun keropok lekor telah merantau ke serata negeri, ia tetap dipanggil keropok lekor yang berasal dari Terengganu..
Memang saya akui, walau banyak mana pun saya makan keropok lekor dekat Perlis dulu keropok lekor dari Terengganu memang tak dapat ditandingi.. Hehee..Betul laa kan???

keywod imej anda
KEREPOK LEKOR GORENG
Gambar atas ni keropok lekor yang di goreng terus selepas proses penggotelan/penggetelan. Keropok ni kegemaran saya, di cicah pula dengan sos keropok original dari Terengganu. Memang best. Sedap, serius yang ni sedap tak tipu...Hehe

keropok lekor,keropok lekor terengganu,makanan best di terengganu,sata terengganu
KEREPOK LEKOR REBUS
Ini keropok yang telah siap direbus, saya suka juga yang ni.Biasa orang luar suka makan yang ni kan?? Betul kan???Ke korang suka yang goreng juga??..

SATA
Ini sata ikan tambah kelapa.Sata ni kalau makan sekali pasti nak lagi.Saiz nya tidak besar.Dalam 3 kali suap.Korang semua sudah pernah makan sata ni???Kat luar dari Terengganu saya tak pernah jumpa pun lagi..Korang pernah jumpa tak???Sepanjang saya duk luar la,kalau nak makan balik masa cuti baru  dapat makan..:)

p/s : Jemput laa datang ke negeri saya Terengganu Darul Iman, untuk menikmati makanan-makanan yang enak dan lazat...hehe

TERENGGANU DI HATI KAMI SOKMO

PANTAI-PANTAI YANG INDAH DI TERENGGANU

Terengganu terkenal dengan kawasan pantai yang terpanjang di Malaysia. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari Utara (Besut) ke selatan (Kemaman). Antara lokasi pantai yang menarik di Terengganu ialah:-
-Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman

-Pantai Kemasik, Kemaman

-Pantai Teluk Bidara, Dungun

-Pantai Tanjung Jara, Dungun
-Pantai Rantau Abang, Dungun
-Pantai Kelulut, Marang
-Pantai Cendering, Kuala Terengganu
-Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
-Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu
-Pantai Batu Rakit, Kuala Terengganu
-Pantai Merang, Setiu
-Pantai Rhu 10, Setiu
-Pantai Penarik, Setiu
-Pantai Bukit Keluang, Besut

-Pantai Air Tawar, Besut