Friday, 30 November 2012

SEJARAH BATU BERSURAT

Batu Bersurat Terengganu

Memang menarik mengenai batu bersurat yang di jumpai dekat daerah Hulu Terengganu.Saya nak kongsi cerita mengenainya..



Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan jawi pertama ditemui di Malaysia . Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1328. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899.

Tapi versi cerita yang saya dengar dulu mengenai batu bersurat ni kononnya dulu ada seorang ulama/ahli perniagaan datang ke Masjid Kampung Buluh dekat Kuala Berang lepas itu apabila beliau hendak masuk dalam masjid beliau perasan tangga yang beliau pijak itu adalah batu dan ada tulisan tertulis pada batu itu.Batu itu digunakan sebagai tangga dan alas untuk membasuh kaki.Saya pun tak pasti betul ke tidak cerita ni.Tapi biasalah sejarah ni susah hendak tafsir sama ada cerita ni betul atau tidak sebab kita ini tiada di tempat kejadian.

SEJARAH
Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit Puteri.
Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terenganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya dan ditulis didalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah.
Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura.
Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu

No comments:

Post a Comment